kerana ana bukan Diba
Kerana ana tidak setegas Diba.Yang buta matanya, tapi celik rasanya.Kerana ana terlalu kakumenggelengDan kerana lidah terasa kelu untuk berkata tidak.Sahabat,
semusim lalu kita menyemai benih-benih
dan kita ikat kejap teras itu
moga lurus dahannya
menjulang ke langit rahmah
hingga
kata kau
biar jauh dari dekat
biar rasa terpisah
dipujuk lelah
meredah ranjau mencari mardhotillah
hingga sampai
bila hujan gerimis
aku betah menahan rasa
kini datang ribut menggila
tempat aku menumpang berteduh
tiada
sahabat
seandai tali-tali Allah itu
hendak terus kau pegang erat
adakah ingatanmu padaku
telah lenyap?
doakan ana di akhir solatmu...
Mencari sesuatu yang hilang dari dalam diri.Kata mama,Carilah dengan mendekatkan diri kepadaNya.Kerana pada diriku ada misal.Maka apa yang pernah kulakarperlu semuanya baik-baik.Mencari sesuatu yang hilang dari diri.Seperti kelam dalam cahaya.Aku kaburtaktentuarahnya.Mencari sesuatu yang tidak pernah aku miliki.Tuhan,rindu ke baitul Mu membara lagi.
Dalam minggu peperiksaan.
Selepas ini banyak pula acara yang tersusun.
Masa kian terhad, blog ini kian jarang-jarang ana tulis.
Lagi 2 bulan untuk tamatkan pelajaran di sini.
Antara ingin untuk merasa.Antara nafsu dengan jiwa.Antara ibu dan dia.Antara dia dan kamu.Aku keliru!
Tuhan, bantulah hambaMu...
Mawar Berduri
Menjadi sekumtum mawar mengelopak wangidan berduri.Adalah seperti genggam bara api.Belum sampai jadi arang.Jemariku sudah panas dan pijar.Tak tertanggung memegang.
"Jadilah seperti mawar berduri di taman larangan. Yang sukar disentuh.
Kecuali yang benar-benar layak. "
Itu kata sahabat ana ketika kami berjalan beriringan menuju ke mahallah.
Menjadi sekuntum mawar yang berduri di celah-celah mawar yang sudah tidak tajam lagi durinya. Dan dikelilingnya, penuh dengan kumbang beraneka warna, yang cantik, yang berkuasa..dan mawar-mawar yang lain itu merelakan. Hingga sampai seperti satu hal yang tidak ada apa-apa makna lagi.
Jadi sejauh mana lagi relevannya menjadi muslimah yang menjaga diri dan maruah pada zaman sekarang?
Maruah apa? Harga diri apa?
Harga diri dan maruah seorang muslimah sekarang sudah dicampak-campak, dipijak-pijak. Jika ada mawar yang ingin menjaga dirinya, maka pasti umpatan dan kejian akan hinggap pada kelopak-kelopaknya. Atau mawar itu sendiri yang tak betah melawan deru angin yang berlawanan dengan lenggang-lenggoknya yang gemalai.
Seiiring usia bertambah, setiap apa yang terlontar dari dua bibir ini benar-benar menguji diri ana sendiri. Kerana jiwa tidak kuat dan ditambah keinginan yang terlonta-lonta seperti mawar-mawar lain yang tidak dapat dikawal, maka menjaga maruah dan harga diri sudah dianggap tidak ada apa-apa maknanya.
Kadang hati melaung kuat untuk menjadi muslimah yang dipandang tinggi kerana keterjagaan dalam setiap geri, kadang diri sendiri yang alpa dan leka sampai semua ini dianggap tidak apa-apa.
Benarlah, syaitan mewarnai tali-tali maksiat hingga cantik dan indah di pandangan mata.
Benarlah, dosa seperti benih yang bercambah dan berakar umbi di hati. Hingga sukar untuk dibuang lagi.
Benarlah, pandangan mata itu bisa jadi panah syaitan yang menjadi kunci mendekati zina.
Benarlah segala apa yang tercatat dalam senaskah kitab yang Kau beri kepada kami itu...
O ye who believe! follow not Satan's footsteps: if any will follow the footsteps of Satan, he will (but) command what is shameful and wrong: and were it not for the grace and mercy of God on you, not one of you would ever have been pure: but God doth purify whom He pleases: and God is One Who hears and knows (all things).
Kerana diri ana sudah seperti debu-debu yang berterbangan. Apa lagi yang tinggal?
BOIKOT!
Kempen Boikot!!!
“Demi Keamanan dan Kesejahteraan Kemanusiaan sejagat bersatu kita boikot 3* produk Pilihan Yang Berkepentingan & Menyokong Agenda Kekejaman Zionis”
BOIKOT
COLGATE
COCA-COLA
STARBUCKS COFFEE
Fakta-fakta penting
1.Kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Yahudi yang disokong kerajaan Amerika terhadap kemanusiaan dan negara-negara yang lemah telah berlarutan sejak puluhan tahun yang lalu.
2.Mereka pula disokong kuat dengan banuan moral dan kewangan yang besar oleh banyak syarikat-syarikat penyokong dan berkepentingan Yahudi yang tidak bermoral, tidak bertanggungjawab dan semata-mata “mempergunakan pengguna” yang sering tidak dilayan lebih daripada haiwan (goyim).
3.Sebagai manusia yang adil, pengguna bijak dan menjaga maruah kita, seharusnya kita berurusan dengan syarikat yang menghormati hak kemanusiaan dan kepenggunaan. Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepda syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati dan menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.
4.Atas kesedaran ini, rasanya tidak cukup untuk sekadar “mengutuk” Rejim Israel. Setiap daripada kita yang sedar dan ingin melakukan sesuatu untuk menghentikan keganasan dan kezaliman ini dapatlah memainkan peranan menyertai boikot terpilih bagi menyampaikan isyarat kepada meraka yang buta hati dan perasaan ini.
5.Demi Keamanan dan Kesejahteraan Kemanusiaan sejagat bersatu kita boikot 3 buat permulaan, 3 produk pilihan yang terbukti kuat menyokong dan berkepentingan Yahudi dipilih sebagai produk yang akan diboikot bagi memberi focus dan memudahkan kita mengukur keberkesanan kempen boikot produk penyokong dan berkepentingan yahudi bagi menentangi keganasan dan peperangan.
6.Asas pemilihan 3 syarikat ini adalah kerana terdapat banyak lagi produk alternative, produk tidak kritikal, produk tidak membawa kebaikan selain daripada syarikat dan produk yang amat tidak beretika.
7.Jika jualan mereka boleh dijejaskan dengan boikot ini, syarikat-syarikat lain juga akan berfikir 2 kali sebelum meneruskan sokongan keada rejim yang Zalim ini.
8.Perjuangan ini dibawa an disokong bersama :MAPAN, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, AMAN MALAYSIA, PRESMA, KIMMA, IIS, Yayasan Kerjaya Malaysia, parti-parti politik, NGO-NGO Kemanusiaan dan Keamanan, individu-individu yang inginkan kedamaian serta rakyat Malaysia yang prihatin yang tidak dapat disenaraikan.
9.Penyokong musuh adalah musuh kita juga. Perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan kemanusiaan sejagat adalah tanggungjawab kita bersama dan memerlukan sedikit pengorbanan. Ianya boleh dilakukan sebagai agenda kita bersama walaupun kita mempunyai fahaman, ideology, dan keturunan yang berbeza. Marikita buktikan kita boleh melakukan sesuatu dalam perjuangan membawa kemanan dan masa depan kita bersama!
http://www.penggunaislam.org/PPIM 0193591000
*antara produk lain
DARLIE
BIOTHERM
MARKS&SPENCER
LANCOME PARIS
JOHNSON &JOHNSON
CALVN KLEIN
ORIGINS
RALPH LAUREN
DISNEY
TIMBERLAND
L’OREAL
DANONE
MAYBELLINE
TOMMY HILFIGER
KLEENEX
PRYCA
MAGGI
UCHAN
HR(HELDA KLEINSTEN)
TCHIBO
MC DONALDS
VILLAGERS
CNN
20th CENTURY FOX
EXPO
SANEX
SARA LEE
KIWI
REVLON
LA ROCHE POSAY
*antara lain
KAMDAR: 30% ke Ghujurat_tempat pembunuhan orang Islam
COKE: bina kilang di tanah orang islam di Palestin
COLGATE: beracun!
The power of consuming is in our hand!
Islamkah anda?
Ketika ana membaca novel Maria karya Emine, ana tidak menyangka ana akan berpeluang “berdebat” dengan bukan Islam tentang agama. Persekitaran ana, secara jujurnya terbatas dengan mereka. Apatah lagi selepas menyambung pelajaran di sini.
Maria, watak yang wujud di dunia ini, asalnya adalah gadis Kristian Katolik yang memeluk Islam setelah berdebat dengan seorang Muslim.
Segalanya menjadi lancar dan mudah. Alhamdulillah. Kami bermalam di Masjid Shah Alam petang Sabtu sehingga pagi Ahad. Masjid yang tegak megah itu benar-benar mengagumkan ana. Malang sekali, sunyi dan sepi masih menguasai ruangnya yang luas. Ke manakah yang lain?
Ahad pagi sesi “lakonan” dan tunjuk ajar “xifu” kami. Dan seterusnya kami terus menuju ke Sunway Piramid. Jam 12.30 tengah hari.
Dibahagikan kepada bebarapa kumpulan, ana memilih sahabat ana Fatimah. Ketika menuju ke Sunway, ana tak dapat menahan rasa kekok walau pun sudah biasa dengan mata-mata yang suka memandang. (kerana cara pemakaian tentunya).
Pertama sekali, kami menegur seorang pak cik. Parasnya menunjukkan dia India. Ana kaget. Buntu menyusun kata. Lalu dia berlalu begitu sahaja.
Kedua, ketiga, keempat, kelima, sehingga melebihi sepuluh orang….terus kami tegur dan sapa. Ada yang menerima, tetapi ada yang menolak kami. Akhirnya, kami terserempak dengan seorang lelaki Cina yang sedang “bersidai” di tepi jalan. Memerhati manusia yang sesak di ruang bawah. Jam 2.30 petang.
Hi, can you help us?
-Ok.
We are students from IIUM and want to ask you some questions.
-Ok.
Apa yang kamu tahu tentang Islam?
-Prophet Muhammad, khalwat…
Khalwat? Islam “didefinisikan” sebagai khalwat! Ana terus tanyakan apa yang masih kabur di pandangnnya tentang islam. Katanya:
1.Kenapa bertudung di waktu panas. Berbau.
Ana begitu geram ketika itu. Tidak sedar soalan ini yang meluncur keluar dari bibir:
Adakah saya berbau sekarang?
-Tidak(Pastikan diri anda sentiasa wangi! Jaga kebersihan dan kekemasan.)
2. Seksi? Hak setiap wanita. Bertudung hanya adab. (Saman yang dikenakan kepada perempuan berpakaian seksi di Kelantan juga dipertikai.)
Ana umpamakan coklat yang berada dia atas meja dan di dalam almari. Ana beri contoh dua kembar seiras yang berbeza dari segi pemakaian (seksi dan menutup aurat).
Mana yang akan diusik.?
-Tentunya yang berpakaian seksi.
Jadi?Sebab tu lah banyak kes rogol, zina..
-Yes, dan ramai orang melayu yang terlibat dengan sumbang mahram, rogol..
Anda tahu di China lebih ramai orang islam?
-Yes. Tapi itu bukan Negara islam. Sebab politik..
No, that’s not what I meant. The point is orang melayu bukan semua islam. Orang cina juga ada yang islam…
(Ah, pemuda Kristian ini terlalu berbelit. Sehingga ana sendiri pening untuk menyusun kata.)
3. Tujuan hidup? No idea.
4. Jihad.
Kalau bunuh orang awam akan dapat pahala. Baguskah?
-Ok. Palestin negara orang Islam. Datang orang-orang yahudi menumpang. Dan kemudian ingin kuasai palestin lalu bunuh orang-orang islam di negara orang islam sendiri. Elokkah begini?
Bukan salah sesiapa. Hak semua. Kami tidak boleh kutuk Israel. Dalam ajaran kami dilarang mengutuk mereka.
-Adakah ajaran ini fixed untuk Israel atau orang awam yang lain?
Yes. Untuk orang Israel sahaja.
-Saya dengar kandungan bible berubah-ubah. Betulkah?
Ya. Ini kerana ajaran paderi kami berlainan di setiap gereja.
-Anda tahu AQ tetap isi kandungannya sejak 1400 tahun lebih yang lalu?
Ye ke? Oh. Ok. Tapi mana tahu kandungannya tidak berubah?Tika ini ana jadi kelu. Bagaimana mahu terangkan, ilmu ana begitu sedikit!
Sudahnya “perbincangan” kami tamat setelah 30 minit berlalu. Naskah terjemahan AQ (bahasa inggeris) di tangan tidak berkurang sedikit pun! (Semua menolak ketika kami hulurkan)
Ketika berlegar-legar. Kami terserempak dengan beberapa pasangan kekasih.
Ini realiti umat islam sekarang.
Lelaki dan perempuan duduk bert*nd*h p*ha.
Bila ditanya soal perang yang membabitkan umat islam.
Kelu.
Tidak ada ide katanya.
Tersengih sang lelaki macam kerang busuk.
Sang perempuan bertudung tunduk masam.
Ah, mengilukan!
Secara keseluruhannya, rata-rata yang ana soal, mengatakan islam agama yang tertutup. Yang tidak terbuka minda. Dan majoriti mengatakan semua agama sama. Ada juga sebilangan yang langsung tidak tahu-menahu perihal islam( selain islam sebagai agama).
Ana berpendapat, menarik penganut agama lain kepada islam adalah agak sukar jika mereka sendiri bukan penganut yang baik dalam agama mereka. Ini kerana, membuka minda untuk berfikir secara logik dan mendalam adalah kunci sifat ingin tahu.Tentunya, lebih banyak golongan intelek yang berminat dengan islam berbanding yang “hidup untuk makan, tidur dan bekerja.”
Berdakwah dan menjernihkan apa-apa yang kabur tentang islam kepada penganut agama lain, bukanlah semudah yang disangka. Kerana pegangan dan kepercayaan mereka yang kuat turun-temurun, sifat tidak ambil kisah dan negatif tentang islam. Paling penting, sikap orang islam sendiri yang tidak melambangkan diri mereka sebagai penganut agama islam adalah faktor utama yang membuatkan islam nampak “sama” dan tidak ada identiti tersendiri. Lalu, bagaimana penganut agama lain akan tertarik?
Menyelusuri dakwah Rasulullah SAW, sikap dan sifat baginda yang mulia itulah adalah anatra faktor utama yang membuatkan manusia tertarik untuk mendalami agama islam.Jadi ana simpulkan di sini, untuk mengajak bukan Islam kepada agama ini, selain faktor pengetahuan yang mendalam dalam islam, sikap dan akhlaq yang mulia adalah yang paling utama.
Seperti semasa cakap-cakap ana dengan Encik. Ir Abdullah Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman, pesannya; “Jangan jadi seperti ketam, mengajar anak jalan betul sedang diri sendiri songsang!”
Soalan ana yang terakhir…
Islamkah kamu? “ Islamkah” kita?
manusia
Ana sebetulnya kurang gemar keluar dari matrikulasi ini. Keluar atas urusan apa-apa yang penting sahaja. Kerana paling utama soal masa. Kedua, soal wang( sekurang-kurangnya RM 10 akan terbang melayang). Dan akhir sekali kerana sesak. Manusia berasak-asak di dalam bas, di tepi jalan, di pusat membeli-belah…ah, merimaskan. Dengan haba panas. Habuk dan debu menyerbu masuk ke rongga hidung.
Tapi, ada satu yang ana suka.
Memerhati gelagat manusia.
Sebentar tadi ana baru keluar. Bersama sahabat kerana tiket pulang sempena Aidil Adha.
Usai kelas biologi di makmal pukul 11.30, kami buru-buru pergi. Tanpa kebenaran dari mahallah! Alahai, sanggup “mati” kerana sekeping tiket. Semasa hendak melintas pondok pengawal, kami jeling-jeling sahaja pak guard, bila dia tidak sedar, kami kalut-kalut memanjat bas nombor 12. ( Nakalnya kami! =p )
Hampir dua jam “dibakar” di dalam bas, kami akhirnya sampai di puduraya. Orang ramai berasak-asak. Kami terasa ingin pitam, dengan bahang mentari pukul 2 yang menggigit-gigit.
Kotaraya yang penuh dengan ragam manusia.
Selesai urusan kami. Terus sahaja menuju ke tingkat atas untuk menunaikan solat zuhur. Malangnya, surau terkunci!
Kami pun turun ke bawah. Membeli minuman penawar dahaga sambil duduk sebentar di depan puduraya. Seorang pun antara kami berdua, tidak biasa dengan tempat ini. Lalu kami buntu, hala mana yang harus dituju! Sahabat ana menghubungi kawannya, bertanyakan tempat untuk solat.
Inilah Negara islam kita!
Tempat solat pun susah nak jumpa.
Negara islam entah atas apa.
Tiba-tiba, datang seorang lelaki. Pemuda yang muda. Ana perasan dialah lelaki yang kami lintasi ketika di tingkat atas. Sebab rambutnya yang kusut. Bajunya kotor. Dia duduk jauh sedikit dari ana. Keluarkan sikat dari poket, berusaha menyikat rambut di hadapan dahi yang menutup mukanya.
Ana pegang air tin di tangan. Teguk. Terasa pahit.
Dia pemuda yang tegap. Dia pemuda yang pernah menjadi harapan agama. Dia pemuda yang islam “rindu”. Tapi…
Kerana apa ya? Ingin saja ana selami. Kenapa jadi begini?
Bila ana menoleh kembali. Dia sudah hilang. Ana pun tidak sedar. Dia pergi tanpa “suara”.
Ana teguk air yang tersisa. Melintas tiga orang anak muda. Melihat ana dan tersengih. Mungkin gaya ana yang kurang sopan? Tapi kurang sopan anak muda itu kerana berani merenung!
Kami kemudiannya buru-buru mendaki jejantas. Tiba-tiba pandangan ana tertangkap pada 3 orang manusia. Di atas jejantas. Dua lelaki dan seorang perempuan. Perempuan itu menangis! Dan dia dikelilingi dua lelaki.
Ah, jangan bersangka buruk!
Sepanjang jalan menuju ke bas (ke KL central), ada sahaja pengemis yang memenuhi satu-satu ruang. Dan kebanyakannya bangsa cina. Suasana asing bagi ana kerana tidak pernah melihat pengemis selain pengemis India dan Melayu.
Irama rancak. Berdentum-dentum dari pasaraya. Ana pandang langit, asap berkepul-kepul memenuhi langit mendung.
Seorang lelaki melintas dengan pakaian ranggi.
Seorang wanita melintasi dengan make-up tebal. Bibir merah menyala dicalit lipstick.
Seorang lelaki cina tua tersenyum simpul melihat ana mengomel bas tidak sampai-sampai sedang zuhur semakin suntuk.
Penari menari dengan irama rancak di KL Central.
Udara bingit. Sesak. Irama Melayu? Menyakitkan!
Manusia dan kotaraya yang sibuk.
Manusia yang kompleks.
Kotaraya yang berkecamuk!
Meniti mimpi-Hijjaz
Kau terdengar kicauan beburung
Yang menyanyi di dada pelangi
Kau menggapai awan di langit memutih
Dirimu lebur dimamah mentari
Kau impikan harapan menggunung
Di lorong hanyir kehidupanmu
Kau hirup sari madu bunga beracun
Mewarnai dunia misteri mimpimu
Kau calari setangkai hati ibunda
Yang menanti di bilahan hari-hari
Kau hitamkan wajah ayahanda
Yang mengharapkan sinar kehidupan
Kau terdengar kicauan beburung
Yang menyanyi di dada pelangi
Kau menggapai awan di langit memutih
Dirimu lebur dimamah mentari
Apalah yang hendak diharapkan lagi
Semua kini sudah jadi tak pasti
Bangkitlah segera dari mimpi ngeri
Pulihkan kembali sebuah harga diri
Sinar hidupmu tiada nyalaan api
Berlabuhlah di muara ini
Pasrahkanlah hidupmu
Ke lorong Ilahi
Di sana menanti
Syurga yang abadi
Di sana menanti syurga yang hakiki
Kau terdengar kicauan beburung
Yang menyanyi di dada pelangi
Kau menggapai awan di langit memutih
Dirimu lebur dimamah mentari
Sinar hidupmu tiada nyalaan api
Berlabuhlah di muara ini
Pasrahkanlah hidupmu
Ke lorong Ilahi
Di sana menanti
Syurga yang abadi
Di sana menanti syurga yang hakiki
jangan menangis lagi
Kelas sudah bermula. Hampir minggu ke-2 sekarang.
Tapi...
Masih kabur
Dan
Pilu masih mengigit-gigit tangkai hati.
Hingga terbaca artikel ini...
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan sensara yang begitu menggelora dalam jiwa.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi.
Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rizki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak
pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)
Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
Dan ana akhirnya akur.
~Allah MAHA PENGASIH dan PENYAYANG.
Terima kasih Tuhan.
Edited:
[
http://www.inteam.com.my/article.php?sid=65&mode=thread&order=0]